IBADAH


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Pentadbir Pengatur seluruh alam. Sholawat dan kesejahteraan semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapak kami, serta kesihanilah mereka sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, janganlah kiranya Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kepada kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi karunia.

Ya Allah, kuruniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.  

Semoga Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir Pengatur seluruh alam.

No comments:

Post a Comment